Kehamilan adalah detik yang paling istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Menjaga pemakanan serta kekal cergas dan santai sangat penting kerana mereka membekalkan keperluan pemakanan untuk perkembangan bayi.

Penjagaa selepas bersalin sama pentingnya kerana wanita yang baru bergelar ibu perlu memulihkan tenaga dan kecergasannya di samping menjaga anak yang baru lahir.

Dalam kebanyakan budaya di Asia, tempoh berpantang adalah masa bapi para ibu memulihkan tenaga dan kesihatan. Lazimnya mereka mengamalkan kombinasi makanan yang dipilih khas, herba serta amalan tradisional yang lain.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Mengandungi 11 komponen dalam setiap set yang terdiri daripada :


1. Sabun Skrub Herba (100g)

Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi untuk membantu membersih, menyental dan melicinkan kulit dengan lembut. Ditambah dengan Minyak Oren Manis untuk bau yang menyegarkan.

 

2. Minyak Urut Halia (75ml)

Mengandungi gabungan minyak terpilih yang semulajadi dan juga Minyak Pati Halia dan lavender yang membantu melembapkan kulit, menjadikannya begitu licin dan lembut.

 

3. Minyak Bayi + Minyak Kelapa Dara (75ml)

Rumusan 100% semulajadi yang mengandungi Minyak Kelapa Dara, Cengkih dan Pudina yang menyamankan apabila disapu.

 

4. Semburan Penenang Campuran Bunga (70 ml)

Dibuat daripada gabungan air bunga mawar dan lavender berkualiti tinggi yang menyegarkan dan dicampur dengan minyak pati terpilih untuk membantu anda rasa tenang dan nyaman.

 

5. Balm Pelembap Puting (15g)

Rumusan semulajadi sepenuhnya, selamat dan lembut untuk membantu melembapkan kulit di sekitar puting payudara.

 

6. Pembersih Herba Wanita Dengan Prebiotik & Manjakani (150ml)

Rumusan termaju yang menggabungkan prebiotik untuk membersih, mengharumkan dan menyegarkan kawasan intim.

 

7. Campuran Herba Pemejal (15g x 20 paket)

Kombinasi herba terpilih untuk membantu membersih dan menegangkan bahagian abdomen selepas bersalin.

 

8. Bengkung Lepas Bersalin

Digunakan bersama dengan Campuran Herba Peramping Tropical Herbs untuk menegangkan otot perut dan kulit yang regang.

 

9. Teh Herba (10 uncang x 2g)

Secara tradisional digunakan untuk kesejahteraan umum dan kesihatan, ia membantu menguatkan tubuh selepas melahirkan anak.

 

10. Herba Lepas Bersalin 1 (60 kapsul x 300mg)

Digunakan secara tradisional untuk kesejahteraan umum dan memulihkan kecergasan selepas bersalin. 


11. Herba Lepas Bersalin 2 (80 kapsul x 300mg)

Digunakan secara tradisional untuk kesejahteraan umum dan memulihkan kecergasan selepas bersalin.